SITI Nurhaliza dan Lesti Kejora kini bergabung dalam sebuah lagu berjudul Kumbang Bunga.
- Oleh HIBGLAM
- 25 Oktober 2025, 10:30 am
GABUNGAN paling dinanti-nantikan ramai iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Lesti Kejora. Paduan dua suara emas ratu tradisional dari Malaysia dan Indonesia menerusi single terbaharu, Kumbang Bunga ternyata membuatkan ramai peminat teruja.
Lagu ciptaan Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh dipuji ramai kerana mengetengahkan genre Irama Malaysia yang jarang menjadi pilihan penyanyi masa kini.
“Ini gabungan yang terlampau mega dan satu kejutan.
“Dua ratu Irama Malaysia bergabung memang meletup! Tahniah.
“Kami rakyat Indonesia menyokong duet ini, semoga lagu ini diterima ramai,” ujar peminat mereka.
Karya tersebut diluncurkan sejak 22 Oktober lalu dalam semua platform penstriman.

6 hours ago
3

















































