Khutbah Jumaat di KL, Selangor sentuh isu ‘dosa songsang’

1 month ago 37

PETALING JAYA – Khutbah Jumaat di masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Selangor hari ini dilihat memfokuskan isu berkaitan lesbiangay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dilihat semakin membimbangkan.

Berdasarkan teks yang dimuat naik di laman sesawang Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan hari ini, tajuk penyampaian khutbah di masjid sekitar ibu negara bertajuk ‘Dosa songsang: Bayangan Murka Ilahi’.

Manakala bagi teks khutbah Jumaat yang dimuat naik di Jabatan Agama Islam Selangor pula bertajuk ‘LGBT: Mengundang Bala, Mencabut Keberkatan’.

Kedua-dua tajuk khutbah itu dilihat tegas dalam membendung gejala hubungan sesama jantina yang semakin berleluasa lebih-lebih lagi apabila sebuah spa songsang di sebuah premis di Chow Kit diserbu pada 28 November lalu.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati ramai yang memuji usaha kedua-dua institusi agama itu yang dilihat tegas mencegah budaya songsang tersebut.

“Moga Allah memberi hidayah buka hati pada yang songsang kembali kepada jalan Allah,” kata Sarah Puad.

“Alhamdulillah tajuk yang sangat bagus,” komen Kyo.

“Syabas Jawi, syabas JAIS, sememangnya topik sebegini perlu diingatkan kepada masyarakat sentiasa,” komen Jamil pula.

Sementara itu, dalam hantaran yang dimuat naik pendakwah, Pencetus Ummah (PU) Amin di aplikasi Threadnya, dia memaklumkan menjadi Khatib yang bertanggungjawab dalam menyampaikan khutbah tersebut di salah sebuah masjid di Kuala Lumpur.

PU Amin berseloroh berkata dirinya dilema memilih nada suara untuk membaca khutbah tersebut.

“Hari ni kena baca khutbah, tajuk panas. Jadi kena baca nada garang ke atau lembut? Ada idea tak?,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi yang rata-rata turut memberi pandangan dan nasihat.

“Susunan kata lembut, isi biar pedas menyengat! Yang penting nak sentuh hati mereka untuk berubah, bukan untuk lagi menjauhkan. Kita mahukan perubahan ke arah yang lebih baik,” komen Diyana Ezni.

“Moha Allah memberi hidayah buka hati kepada yang songsang kembali jalan Allah, amin,” kata Sarah Puad.

“Tegas melawan dosa tetapi lembut bicarakan kasih sayang dari Allah kepada hamba-hambaNya agar tersentuh hati mereka memilih untuk pulang ke jalan yang di redhai,” komen Wak Dollar Tus. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |