PENAMAT drama Takdir Cinta Terlarang kini menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu peminat.
- Oleh HIBGLAM
- 25 Oktober 2025, 10:30 am
DRAMA Takdir Cinta Terlarang, naskhah yang pada awalnya meraih kecaman kerana pemilikan Shaza Bae sebagai heroin dan watak antagonis.
namun kini naskhah arahan Idora Abdul Rahman semakin mendapat tempat dalam hati pencinta drama tempatan sehingga menjadi buah mulut ramai dalam media sosial.
Naskhah yang mengangkat tema kekeluargaan dan dendam itu berjaya mengumpul peminatnya sendiri dan membuatkan ramai ‘ketagih’ untuk mengetahui pengakhiran cerita.
Rata-rata memuji keberkesanan karakter Sara di tangan Shaza yang berjaya mencetuskan kebencian selain lakonan hebat Norish Karman yang tiada tandingan. Selain Shaza dan Norish, drama tersebut turut dibintangi Jazmy Juma, Tony Eusoff, Julia Farhana Marin dan Darien Aed.

6 hours ago
3

















































