TOKYO – Kerajaan Jepun semalam meluluskan bajet terbesar untuk tahun fiskal akan datang, bagi membiayai segala-galanya daripada perbelanjaan pertahanan hinggalah kepada kos keselamatan sosial yang meningkat berikutan inflasi berterusan.
Bajet berjumlah 122.3 trilion yen (RM3.15 trilion) untuk tahun fiskal bermula April 2026 itu akan merangkumi kira-kira sembilan trilion yen (RM232.83 bilion) untuk perbelanjaan pertahanan, memandangkan Perdana Menteri Sanae Takaichi mahu segera meningkatkan keupayaan ketenteraan Tokyo berikutan hubungan yang semakin buruk dengan China.
“Jepun berdepan persekitaran keselamatan yang paling buruk dan sukar sejak akhir perang (Dunia Kedua),” kata Kementerian Pertahanan Jepun dalam satu kenyataan.
Teras permintaan kementerian berkenaan adalah peruntukan 100 bilion yen (RM2.58 bilion) untuk sistem pertahanan pantai dinamakan SHIELD yang akan mengerahkan dron untuk menyekat sebarang pencerobohan oleh tentera asing.
Jepun berharap SHIELD iaitu singkatan untuk sistem (Pertahanan Pesisir Pantai Segera, Hibrid, Bersepadu dan Dipertingkatkan) dijangka siap menjelang Mac 2028, namun kawasan pantai ia akan ditempatkan tidak diindahkan.
Bajet yang semakin meningkat itu diusulkan ketika pasaran antarabangsa bimbang tentang dasar perbelanjaan besar Takaichi yang menambah hutang awam Jepun.
Jepun mempunyai nisbah hutang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) terbesar di kalangan ekonomi utama, dijangka mencapai 232.7 peratus tahun ini, demikian menurut Tabung Kewangan Antarabangsa.
Awal bulan ini, Parlimen meluluskan bajet tambahan besar, untuk membayar pelan rangsangan ekonomi 21.3 trilion yen (RM550.99 billion) yang diumumkan sebulan sebelumnya.
Draf bajet 2026 itu bagaimanapun perlu diluluskan oleh Parlimen. – AFP

5 hours ago
6








![[VIDEO] Pulangkan MacBook, pemilik mahu belanja satu keluarga makan seafood](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/LAPTOP-TULAR-VIRAL-e1766738174234.jpeg)








































