JPJ Melaka kejar Vellfire ‘menyamar’ Kancil

4 days ago 12
SEBUAH Vellfire dikesan menggunakan nombor pendaftaran sebuah Kancil bagi mengelak memperbaharui insurans dan LKM, di Jalan Tun Mutahir, Melaka, semalam.
  • Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
  • 26 November 2025, 9:08 am

MELAKA – Taktik licik seorang pemilik kenderaan mewah Toyota Vellfire menggunakan nombor pendaftaran sebuah Perodua Kancil bagi mengelak memperbaharui insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) akhirnya terbongkar selepas ditahan penguat kuasa, semalam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Siti Zarina Mohd. Yusop berkata, pasukan penguat kuasa bertindak mengekori kenderaan itu selepas melihat nombor pendaftaran dipamerkan mencurigakan sebelum menahannya kira-kira 4 petang di Jalan Tun Mutahir.

“Hasil semakan lanjut mendapati nombor tersebut sebenarnya berdaftar pada sebuah Perodua Kancil, bukannya Vellfire yang dipandu lelaki tempatan berusia 39 tahun itu.

“Pemeriksaan juga didapati tidak mempunyai perlindungan insurans sah dan LKM telah tamat tempoh,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, susulan kejadian itu tindakan sita dilakukan dan tiga saman dikeluarkan terhadap pemandu serta pemilik kenderaan.

“LKM kenderaan ini telah tamat tempoh pada Januari 2025 dan sejak itu mereka menggunakan plat Kancil.

“Anggaran kos menghidupkan LKM adalah sekitar RM1,000, insurans kita tak pasti. Vellfire itu didaftarkan di bawah sebuah syarikat swasta yang sudah tidak beroperasi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |