Jenazah Mustaqqeem selamat dikebumikan

10 hours ago 2
Isteri mangsa, Nur Faratin Mohd.Othman(dua,kanan) menghadiri pengebumian arwah suaminya di Tanah Perkuburan Lahar Tabut, Penaga, pagi tadi. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!
  • Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN
  • 18 Oktober 2025, 8:07 am

SEBERANG PERAI – Jenazah pendaki yang ditemukan meninggal dunia di Gunung Liang Khamis lalu, Mustaqqeem Mansoor, 34, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Lahar Tabut, Penaga, di sini selepas solat Subuh pagi tadi.

Pengebumian yang berlangsung kira-kira pukul 6.30 pagi itu dihadiri lebih 200 ahli keluarga serta kenalan bagi memberikan penghormatan terakhir.

Sebelum itu, jenazah Mustaqqeem disolatkan di Masjid Jamek Nurussaadah Lahar Tabut.

Semalam, media melaporkan hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati Allahyarham Mustaqqeem meninggal dunia disebabkan hipotermia atau kesejukan melampau.

Jenazah Allahyarham dibawa turun menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira pukul 3 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |