Jangan pilih pemaju ‘cap ayam’ bangunkan Flat Seri Perlis 2

6 hours ago 3

KUALA LUMPUR – Penduduk di Flat Seri Perlis 2, Kampung Datuk Keramat dinasihatkan supaya berhati-hati memilih pemaju jika kawasan tersebut ingin dibangunkan pada masa hadapan supaya ‘episod’ di Kampung Sungai Baru berulang.

Ini kerana kata Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, pembangunan semula Kampung Sungai Baru masih tidak dapat dijalankan selepas lebih lapan tahun gara-gara tersilap memilih pemaju sebelum ini.

Jelas beliau, meskipun pihaknya telah menerima banyak cadangan daripada pemaju untuk membangunkan kawasan di Flat Seri Perlis 2 itu, tetapi semuanya ditolak kerana beberapa faktor termasuk prestasi yang kurang memberangsangkan dan kewamgan tidak kukuh.
“Memang rancangan ini (pembangunan semula Flat Seri Perlis 2) sudah lama (dirancang), lepas satu-satu pemaju yang datang jumpa saya, tetapi saya tengok semua ‘cap ayam’, saya tak bagilah.

“Sebab ini bukan skim sewa beli, ini mereka sewa rumah DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), ini perumahan awam,” katanya pada sidang akhbar pada Program Santuni Madani di Flat Seri Perlis 2 di sini hari ini.

Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, sekiranya terdapat pemaju yang berminat untuk membangunkan kawasan Flat Seri Perlis 2 itu pada masa hadapan, mereka perlu ‘kukuh’ dalam semua aspek sebelum datang berjumpa beliau.

“Kalau ada spesifik pemaju yang nak datang sini, dia mesti berbincang dengan DBKL, Kementerian Wilayah Persekutuam dan juga saya sebagai wakil rakyat kawasan ini,”tegasnya.

Mengulas lanjut, Johari berkata, sekiranya terdapat pembangunan di kawasan flat itu, beliau akan memanggil semua pemimpin di kawasan itu tanpa mengira parti.

“Kita akan panggil semua tanpa mengira idealogi parti, kita akan duduk berbincang dan susun atur supaya pembangunan di Seri Perlis 2 tidak boleh berlaku seperti mana yang berlaku di Kampung Sungai Baru.

“Bersetuju atau tidak, ini mesti kena jaga, jangan biarkan orang lain menentukan nasib kita. Kita kena bincang, kalau dia (pemaju) nak pndahkan kita ke mana Nak pindah. Paling tidak 95 peratus setuju baru pindah,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |