Jangan picit luka kalau tercucuk cecair misteri

4 weeks ago 18

PETALING JAYA – Public Health Malaysia (PHM) menegaskan kepentingan tindakan segera sekiranya tercucuk jarum atau terkena cecair berisiko tinggi ketika bertugas, terutama dalam kalangan petugas kesihatan.

Menerusi satu hantaran tular di platform X, PHM memberi peringatan jelas bahawa setiap saat adalah kritikal dan tidak boleh dipandang ringan.

“Masa adalah faktor penentu. Langkah pertama yang anda ambil boleh membezakan antara selamat atau terdedah kepada jangkitan.” Jelasnya

Susulan itu, PHM turut berkongsi infografik mengenai langkah-langkah segera yang perlu diambil dalam insiden seperti itu, termasuk membasuh kawasan tercucuk dengan sabun, tidak memicit luka, serta segera mendapatkan rawatan dan melaporkan kepada pihak pengurusan.

Poster yang dikongsi PHM di media sosial mereka.

Pihak PHM juga menekankan bahawa kelewatan bertindak boleh membawa risiko jangkitan penyakit seperti HIV, Hepatitis B dan C.

“Jangan abaikan pemeriksaan susulan. Ujian darah berkala pada minggu ke-6, ke-12, dan ke-24 penting untuk memastikan tiada jangkitan lewat dikesan,” tegas hantaran susulan tersebut.

PHM memberi peringatan bahawa pentingnya untuk bertindak pantas dalam situasi genting dan setiap saat yang berlalu membawa makna besar dan mampu menentukan sama ada nyawa seseorang dapat diselamatkan atau sebaliknya.

“Ingat, setiap detik penting. Bertindak segera bukan sahaja melindungi kesihatan anda, tetapi juga keselamatan pesakit dan rakan setugas,” – KOSMO! ONLINE.

Read Entire Article
Pertanian | | | |