‘Jangan jadikan ADHD alasan tutup buruk sendiri’

1 hour ago 1

PETALING JAYA – Pelakon Sharifah Sakinah menempelak segelintir pihak yang gemar menjadikan gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) sebagai alasan untuk menutup kelakuan kurang elok diri sendiri.

Ujar Sakinah nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 36, kesedaran tentang kesihatan mental perlu datang bersama tanggungjawab, bukan dijadikan benteng untuk menghalalkan kelakuan buruk sendiri.

“Jangan jadikan ADHD sebagai alasan untuk tutup buruk sendiri.

“Kalau ada ADHD tetapi tidak menyakitkan anda, nikmati perjalanan hidup, lihat sesuatu dari sudut lebih positif,” katanya dalam Threads.

Tambah bintang drama Curang Tanpa Niat itu, sesiapa yang benar-benar berdepan simptom serius hingga mengganggu kehidupan harian perlu segera mendapatkan rawatan, bukan berterusan mencari alasan.

“Kalau sakit, jumpalah doktor. Rehat dahulu daripada kerja.

“Atau berhenti menyuap ‘dopamin murah’ seperti ganja, alkohol mahupun dadah jalanan.

“Berehat, baring, tenangkan fikiran, kurangkan media sosial,” tegasnya.

Perkongsian aktres terbabit pantas meraih pelbagai reaksi yang rata-ratanya menyokong pendirian tersebut malah menganggap teguran itu sesuatu yang wajar.

“Betullah kata Sakinah, tak semua benda perlu disalahkan pada ADHD. Ramai guna penyakit tersebut sebagai alasan untuk elak tanggungjawab,” komen seorang netizen.

“Kadang-kadang kita kena jujur. Kalau perangai sendiri pun malas nak betulkan, jangan salahkan kondisi,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Bagus Sakinah berani suarakan. Ramai sebenarnya keliru antara ADHD dengan perangai tak mahu berubah,” kata seorang pengikut.

Sakinah sebelum ini pernah membuat pendedahan tentang dirinya yang merupakan penghidap disleksia tahap ringan selain mempunyai ciri-ciri ADHD.

Menurutnya, kondisi tersebut hanya disedari selepas menamatkan persekolahan, sekali gus memberinya ruang memahami keperluan diri dengan lebih mendalam. – KOSMO! ONLINE.

Read Entire Article
Pertanian | | | |