KAJANG – Menyerahkan isu saman RM2 juta seorang pempengaruh terhadap anaknya kepada peguam, kebimbangan sebenarnya pelakon Datuk Aaron Aziz adalah emosi puterinya itu, Dwi Ariana yang jauh daripada keluarga ketika berhadapan situasi sedemikian.
Begitupun, kata pemilik nama lengkap Aaron Mustapha Aziz itu, anak gadisnya yang baru berusia 19 tahun itu tenang setiap kali berhubung bagi berkongsi kehidupan harian serta aktiviti di pusat pengajiannya di Amerika Syarikat.
“Susah nak cakap sebab kami jarang berjumpa. Bila berbual melalui telefon, dia nampak gembira, tapi kita tak tahu apa yang dia rasa sebenarnya.
“Baru-baru ini dia tiba-tiba mesej saya, luahkan rasa rindu. Dia tulis ‘hai daddy, how are you, i miss you, i miss home’ dan saya pun balas yang sama, ‘i miss you too’.
“Iyalah kita tak tahu apa yang berlaku selepas dia letak telefon. (Cuma) saya rasa dia dah dewasa dan ambil psikologi dalam pengajian, (jadi) semua ini (kes mahkamah) bukan masalah bagi dia,” katanya selepas pelancaran filem Banduan di Kompleks Penjara Kajang, semalam.
Berkenaan perkembangan surat tuntutan (LOD) berjumlah RM2 juta diajukan yang diajukan terhadap Dwi Ariana, akuinya tidak banyak dapat dikongsikan setakat ini selagi kes saman berkenaan belum dibicarakan di mahkamah.
“Benda itu (kes saman) masih dalam tindakan undang-undang. Jadi, tiada apa perlu dikongsikan. Kita tengok dulu, bila dah mula turun naik mahkamah nanti, baru kita boleh dedahkan.
“Sekarang masih dalam siasatan, peringkat saman menyaman begitulah. Biarkan peguam buat kerja dan bila masanya naik mahkamah, baru kita tahu keputusan,” ujarnya.
Sebelum ini, peguam mewakilinya menghantar surat tuntutan kepada pempengaruh terbabit minggu lalu selepas wanita itu didakwa mahu menyaman anaknya, Dwi Ariana sebanyak RM2 juta.
Pada awalnya konflik hanya membabitkan aktor terbabit dengan wanita itu namun difahamkan tindakan anak kedua daripada tiga bersaudara mengirimkan mesej meminta perkongsian menyentuh bapanya dipadam turut ‘mengheret’ gadis berkenaan.
Dalam video dikongsikan, pempengaruh terbabit mengecam tindakan Aaron berkaitan isu Palestin yang didakwa mencetuskan salah faham terhadap bintang filem KL Gengster itu. – KOSMO! ONLINE

7 hours ago
5




































![[VIDEO] ‘Muka askar, suara pramugari’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/Tangkap-layar-menunjukkan-seorang-lelaki-yg-mengubah-suaranya-seperti-wanita-250x141.jpeg)












