PETALING JAYA – Irkaz Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan Pakej Selesa dan pakej khas untuk jemaah haji terpilih panggilan pertama (P1) dengan diskaun sehingga RM10,000 menjadikan harga bermula serendah RM44,900.
Ketua Operasi Haji Irkaz, Amzari Jaafar berkata, sebagai pengelola jemaah haji (PJH) berlesen, pakej itu khusus bagi memberikan keselesaan maksimum kepada jemaah terutamanya golongan berusia 50 tahun ke atas.
Beliau berkata, antara keistimewaan Pakej Selesa termasuk penginapan dinaik taraf di Aziziyah di Hotel Orient Manabir.
“Jemaah satu malam bermalam di khemah Muassasim yang dilengkapi sofa bed serta penggunaan tren laju Mekah–Madinah bagi mengurangkan keletihan jemaah semasa ibadah haji.
“Selain Pakej Selesa, Irkaz Travel turut menawarkan pakej Ezgo Plus dan Premium Elite bagi musim Haji 1447H/2026M, yang menekankan aspek keselesaan, kemudahan dan bimbingan ibadah yang lebih menyeluruh,”katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mengulas lanjut, Amzari berkata, pakej Premium Elite turut menawarkan Hotel Safwah di Mekah dan Al Aqeeq di Madinah.
Menurutnya, semua pakej haji Irkaz Travel sudah termasuk dengan tren laju serta tiga kali makan di Mekah, Madinah dan juga Aziziyah.
“Keseluruhan pengurusan jemaah akan dikendalikan oleh pasukan berpengalaman lebih 20 tahun dalam operasi haji, bagi memastikan setiap urusan di lapangan dapat diurus secara tersusun, tenang dan berhemah.
“Sebagai usaha mendekati dan memudahkan jemaah mendapatkan maklumat tepat secara bersemuka, pasukan Irkaz Travel akan turun padang menyantuni jemaah di 52 masjid terpilih di seluruh negara.
“Inisiatif ini bertujuan membantu jemaah haji P1 dan rayuan mendapatkan penerangan jelas, konsultasi terus serta panduan pendaftaran sebelum tarikh tutup pada 22 Disember ini,’ujarnya.-KOSMO! ONLINE

4 hours ago
2

![[VIDEO] 10 jam tunggu keluar KLIA, pasport tertinggal dalam pesawat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-18-at-6.16.31-PM.jpeg)















































