Inovatif minyak wangi SoraE berinspirasikan bau kucing

4 hours ago 5

PETALING JAYA – Gara-gara mahu mencari dana untuk membantu nasib kucing jalanan yang terbiar, telah mendorong Pengasas Pawfect Retreat Signature, Siti Fatimah Mohamad Hidayatullah menceburi bi­dang perniagaan me­nge­luarkan produk ha­ruman di bawah je­nama SoraE.

Menurut beli­au, berlandaskan keyakinan pro­duk haruman ber­­potensi me­nem­busi pasaran mes­kipun baru di­perkenalkan di pa­­sa­ran, syarikat me­­mulakan pengoperasian bisnesnya de­ngan bemodalkan RM8,000 da­ri rumah sejak tahun 2022.

“Konsep pernia­ga­an kami lebih kepada pen­ce­ritaan kisah ka­mi me­nyelamatkan ku­cing jalanan dan ia juga diins­pirasikan daripada bau kucing yang cukup unik dan sangat sinonim dengan peminat kucing yang tahu selok belok binatang kesayangan ramai itu.

“Sebagai contoh seekor ku­cing yang dikenali sebagai Mulan yang begitu penyayang, memiliki bau yang manis lebih kepada haruman bubbly dan bubble­gum,” katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Siti Fatimah menjelaskan, produk minyak wangi yang ditawarkan kepada peminatnya kini memiliki 11 haruman dan tiga lagi haruman lain daripada segmen Oyen.

Tambah beliau, produk ini te­lah mendapat sambutan yang mengg­alakkan daripada pelang­gan termasuk yang terdiri daripada peminat setia kucing de­ngan jualan mencecah lebih daripada 1,000 botol sebulan.

“Kami sasarkan jualan pada tahun hadapan boleh mencecah kepada 3,000 botol sebulan ekoran pengukuhan jenama dalam kalangan pelanggan dan peminat setia serta aktiviti promosi agresif yang dijalankan oleh kumpulan pemasaran kami,” ujarnya.

Produk SoraE dijual pada harga bermula RM55 untuk minyak bersaiz 35 mililiter (ml), RM159 untuk segmen 100ml manakala bagi segmen Oyen, produk dijual antara RM159 hingga RM189.

Mengulas mengenai pelan perancangan masa depan, Siti Fatimah berharap usaha pihaknya terhadap inisiatif untuk membantu kucing jalanan dapat dipergiatkan lagi selain mahu meluaskan lagi penguasaan pasaran produk ke lebih banyak negara jiran. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |