PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi detik cemas apabila anaknya terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami sakit tekak berpanjangan akibat tertelan dawai berus pencuci pinggan.
Menerusi hantaran di Threads oleh @harleyquinny999, wanita itu pada awalnya menyangka anaknya hanya tercekik tulang ayam ketika makan di sebuah kedai.
Namun, apabila sakit tekak anaknya masih berlarutan, wanita tersebut membawa ke beberapa klinik sebelum mengambil keputusan untuk ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.
Menurutnya, setelah menjalani imbasan CT, doktor mendapati terdapat objek asing tersekat di tekak sebelum hasil pembedahan mendedahkan bahawa anaknya tertelan dawai berus basuh pinggan yang dipercayai tercampur dalam tepung ayam goreng.
“Anak makan ayam goreng dekat kedai. Tercekik tulang katanya. Sudah muntahkan makanan, tetapi masih sakit tekak seperti ada benda. Pergi tiga buah klinik lain-lain dan selang dalam beberapa hari pun masih sakit. Pedih tak boleh telan makanan, sudah dekat dua minggu baru pergi hospital.
“Buat ‘CT Scan’ nampak ada benda asing dan terus buat pembedahan, rupanya dia tertelan dawai berus basuh pinggan. Rasanya dalam tepung ayam goreng lah kan? Sebelum ni pernah dengar kes macam ni. Tak sangka pula terkena dekat diri sendiri,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman serupa.
“Saya pun pernah terkena. Bukan tepi jalan, tetapi sarapan pagi hotel! Jumpa waktu tengah makan nasi lemak. Nasib baik sejenis suka kuis-kuis sebelum masuk mulut,” komen @strwberyl
“Saya pernah tiga kali kena bab berus dawai ni. Beli karipap tepi jalan sekali, makan ‘chicken chop’ sekali dan anak saya makan ‘mac and cheese’ dekat satu kafe pun kena juga,” kata Amalina.
“Salah satu sebab kenapa saya tidak guna berus dawai tu dah. Sebab mudah tercabut dawainya. Seram. Cepat sembuh anak,” kata Umi. – KOSMO! ONLINE

6 days ago
18



![[VIDEO] ‘Sedihnya…Tok Wan Jagung Gurun dah tinggalkan kita’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/tok-wan-jagung.jpeg)






![[VIDEO] Positif dadah, pemandu lori lawan arus 150 km ditahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/lori-lawan-arus.jpeg)

![[VIDEO] ‘Bukan pandang belakang kak, pandang depan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/konvo-utim.jpeg)




































