Ibu bapa desak sekat Roblox, punca anak jadi tantrum

5 hours ago 6

PETALING JAYA – “Tolong sekat permainan Roblox. Semakin ramai kanak-kanak emosi tidak stabil.”

Itu antara luahan ramai pengguna media sosial yang mendakwa permainan dalam talian popular, Roblox, semakin memberi kesan negatif kepada perkembangan emosi pemain.

Menerusi perkongsian di media sosial, ramai bimbang dengan sikap obsesi kanak-kanak dan remaja disebabkan permainan tersebut.

Difahamkan, ramai pemain sanggup berbelanja besar semata-mata untuk membeli mata wang maya bagi mendapatkan watak dan akses khas dalam permainan tersebut.

Susulan kes kanak-kanak berusia enam tahun ditemui cedera berlumuran darah pada bahagian leher di Batu Pahat, Johor, dipercayai dikelar oleh abangnya yang berusia 9 tahun akibat menghilangkan point dalam permainan video tersebut, semalam.

Untuk rekod, polis tidak menolak pengaruh permainan Roblox yang mempengaruhi insiden tragis tersebut.

Tinjauan Kosmo! mendapati ramai mendesak permainan tersebut disekat secepat mungkin selepas peningkatan kes jenayah yang berlaku akibat permainan berkenaan.

“Sebelum ini, memang permainan itu tidak memberi impak besar kepada kanak-kanak. Namun, semakin banyak pengaruh buruk,” komen seorang pengguna Instagram.

“Haramkan permainan yang boleh mempengaruhi pemain melalui keganasan. Tak habis lagi dikejutkan dengan kes pembunuhan dulu,” kata Azian.

“Lebih baik ambil langkah awal untuk sekat Roblox. Beri pengaruh buruk kepada pada kanak-kanak. Jadi punca ramai kanak-kanak kuat memberontak,” Hayattun.

Sementara itu, pengguna lain turut mendesak peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam menyekat permainan tersebut.

“MCMC perlu memainkan peranan lebih tegas dalam menyekat capaian ke laman sesawang yang mengandungi kandungan sensitif serta melanggar undang-undang Malaysia,” komen @Pendekar8181

“Minta MCMC tapis semua laman sesawang yang siarkan kandungan sensitif dan tidak sesuai untuk umur bawah 18 tahun,” kata Jannah.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki yang lehernya dikelar telah direman dua hari di Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |