Hujan lebat melanda Melaka, Johor sehingga tengah hari

9 hours ago 10
Gambar hiasan.
  • Oleh HALISYA ISMA ZULKURNAIN
  • 28 Disember 2025, 9:45 am

PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dijangka berdepan cuaca buruk sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Tampin di Negeri Sembilan, ketika ini.

“Selain itu, cuaca buruk dilaporkan melanda seluruh negeri Melaka manakala Tangkak, Muar dan Batu Pahat di Johor turut terlibat,” lapor MetMalaysia. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

Read Entire Article
Pertanian | | | |