
- Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
- 23 Oktober 2025, 9:35 pm
LUMUT – Seramai 180 individu dari 44 buah keluarga di daerah Manjung terjejas dengan banjir yang berlaku ekoran hujan berterusan direkodkan hari ini.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua mangsa yang berasal dari dua buah kampung iaitu Kg. Sungai Batu dan Kg. Nelayan di Pantai Remis dekat sini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sg. Batu.
Katanya, dua buah PPS iaitu PPS Dewan Orang Ramai Simpang Halt di Larut, Matang dan Selama serta PPS SAR Padang Serai, Pengkalan Baru juga telah dibuka bagi menempatkan mangsa banjir.
“Kedua-duanya masih dalam proses pemindahan mangsa banjir,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE