Hazem Mubarak
- Oleh KOSMO!
- 29 November 2025, 7:06 pm
PETALING JAYA – Calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Sittinara Sakah sedang mendahului dalam pertandingan enam penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Berdasarkan kiraan tidak rasmi setakat pukul 6.50 petang ini, Sittinara memperoleh 122 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Yusri Abu dan calon Barisan Nasional (BN), Zaini Tiksun masing-masing memperoleh 42 undi.
Calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Faizal Wahab memperoleh sembilan undi, Irian Nanang daripada Parti Impian Sabah memperoleh tujuh undi, sementara anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman iaitu belum memperoleh sebarang undi. – KOSMO! ONLINE

1 month ago
34













![[VIDEO] Pelajar IPT maut kemalangan tiga buah kenderaan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-19-at-3.36.53-PM.jpeg)



































