HARAPAN besar diletakkan seluruh peminat bola sepak tanah air untuk melihat hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya dibuat bersandarkan kepada kesilapan teknikal dan tidak melibatkan unsur pemalsuan dokumen.
Pandangan itu disuarakan oleh bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar kerana merasakan ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan tanggapan buruk terhadap Malaysia sekali gus membuktikan negara ini sentiasa bersikap telus dalam hal kedaulatan negara.
“Semua orang mengikuti perkembangan ini dan pastinya kita semua berharap jawapan kepada rayuan itu nanti tidak ada pemalsuan (ketika permohonan) berlaku. Saya juga harap tidak terbukti pemalsuan dan hanya berlaku kesilapan.
“Kalau betul palsu, biar kita sama-sama selesaikan perkara ini dan mahu siapa yang buat dihukum,” katanya.
FAM sebelum ini mengesahkan berlaku kesilapan teknikal dilakukan oleh kakitangan pentadbiran semasa proses penyerahan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya, namun bertegas semuanya adalah rakyat Malaysia yang sah mengikut undang-undang.
Selepas keputusan rayuan dikeluarkan, jika tidak berpuas hati FAM boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbangtara Antarabangsa (CAS), namun tindakan itu akan mengambil masa lebih lama untuk diselesaikan.
Status kelayakan tujuh pemain turut menjadi salah satu persoalan yang bakal timbul di mana perkara ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tribunal Bola Sepak FIFA.
Pada 2017, arena bola sepak Asia pernah digegarkan dengan skandal babitkan Timor Leste apabila siasatan dilakukan mendapati berlaku pemalsuan dokumen membabitkan sembilan daripada 12 pemain naturalisasi kelahiran Brazil.
Timor Leste dihukum dengan pembatalan kemenangan, penolakan mata dalam ke semua 29 aksi di bawah pengelolaan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), tidak dibenarkan terbabit dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023.
Selain itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Timor Leste (FFTL), Amandio de Araujo Sarmento digantung tiga tahun dan beberapa pegawai lain dikenakan denda.

5 hours ago
4

![[VIDEO] PM Timor-Leste berarak, disambut sebagai wira](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-30-at-12.30.36-PM.jpeg)




![[VIDEO] ‘PM Timor-Leste datang 5 hari, kesannya macam datang setahun’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-30-at-11.38.43-AM.jpeg)










































