PETALING JAYA – Keakraban Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dengan seorang wanita dikenali sebagai Dak Nor mencuri perhatian netizen apabila satu perkongsian mesej tular di media sosial baru-baru ini.
Dak Nor atau nama sebenarnya Nor Kamariah Mohd. Khalid Lourdes Lio dilihat dengan selamba membalas mesej ADUN Duyong itu menggunakan perkataan ‘hawau lah’.
Menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsikan, Mohd Noor Helmy di Facebook, beliau bergurau dengan mengatakan ‘semoga kekal bahagia’ selepas wanita itu berkongsi gambarnya berswafoto bersama seorang individu lelaki.
“YB kita dah bertemu. Nanti YB support (sokong) tau,” kata Dak Nor.
“Semoga kekal bahagia,” balas Mohd Noor Helmy.
“Hawau lah. Kita orang nak buat ‘review’ je,” jawab Dak Nor.
Sementara itu, Mohd Noor Helmy turut memuat naik satu lagi tangkap layar perbualan WhatsApp antaranya dengan lelaki sama dikongsikan Dak Nor.
“Elok lah tu. Dua-dua orang hantar laporan. Semoga keduanya bahagia,” katanya di ruang kapsyen hantaran tersebut.
Semakan di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen menyifatkan Dak Nor sebagai satu-satunya individu yang berani ‘hawaukan’ ahli politik itu tanpa rasa bersalah.
“Kalau orang lain, memang tak berani. Dak Nor ni level lain. Dia je berani hawaukan YB Helmy,” tulis Asyikin.
“Dengan YB pun dihawaukannya. Memang anak Melaka sejati,” kata Fauzana.
“Dak Nor hawaukan sahaja si YB dia,” komen Shamilluddin.
Tidak kurang juga, ada sebahagiannya berseloroh mendoakan agar jodoh yang baik buat Dak Nor.
“Pasti tajaan besar ini kalau jadi,” seloroh Rizuan.
“Japerun percuma ramai datang rewang tak perlu ‘catering’ silap hari bulan YB bagi Bukit Serindit tempat jamuan raya tu,” kata Junemagic Fingers. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
3

















































