Hanya 102 mangsa banjir Sabah masih berada di PPS pagi ini

1 day ago 6
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 4 Februari 2025, 11:08 am
Masih terdapat 102 orang pendudukan terjejas banjir membabitkan 27 keluarga kekal berada di satu pusat pemindahan sementara (PPS). -Foto

KOTA KINABALU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah menasihatkan penduduk setempat khususnya yang tinggal berhampiran sungai dan kawasan rendah agar sentiasa berwaspada situasi banjir semasa di negeri ini.

Ini berikutan cuaca di seluruh Sabah ketika ini masih tidak menentu. APM memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri ini kembali menurun pagi ini.

“Setakat pukul 10 pagi tadi, terdapat 102 mangsa masih terjejas membabitkan 27 keluarga yang berada di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).

“Mereka adalah penduduk di daerah Kinabatangan dan ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rendah Pekan Bukit Garam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |