Gempa bumi lemah magnitud 3.4 di Bukit Kepong, Pagoh

9 hours ago 10
METMALAYSIA mengesahkan gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 berlaku di Bukit Kepong, Pagoh, Muar pagi hari ini.
  • Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
  • 28 Disember 2025, 9:47 am

MUAR – Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dilaporkan berlaku di sekitar Bukit Kepong, Pagoh di sini pada pukul 8.55 pagi tadi, namun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa berkenaan dikesan pada koordinat 2.4° Utara dan 102.7° Timur, kira-kira 16 kilometer barat daya Pagoh, dengan kedalaman 10 kilometer.

MetMalaysia memaklumkan gegaran berkenaan adalah kecil dan tidak dijangka menyebabkan kerosakan struktur atau risiko keselamatan kepada penduduk setempat.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bertenang dan mendapatkan maklumat sahih hanya melalui saluran rasmi MetMalaysia.

Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |