PETALINGN JAYA – Galeri Seni Lin Xiang Xiong, sebuah mercu tanda baharu yang monumental di sepanjang The Light Waterfront di Gelugor, Pulau Pinang, yang bernilai RM100 juta, kini memasuki peringkat terakhir persiapannya menjelang pembukaan rasminya pada 14 Disember 2025.
Galeri lapan tingkat seluas 86,929 kaki persegi yang memiliki falsafah ‘Seni untuk Keamanan” Xiang Xiong sepanjang hayat itu, bakal menampilkan lebih 300 karya seni asli dengan koleksi berputar lebih daripada 1,000 karya, menjejaki perjalanan kreatif enam dekad artis merentasi Asia dan Eropah.
Seni bina yang diilhamkan daripada sifat penyu, simbol umur panjang, kebaikan dan kemakmuran dalam budaya Cina dengan lambang Pulau Pinang itu menjadi sebuah galeri unik yang memiliki gabungan alam semula jadi, seni dan falsafah.

Ia lebih daripada sebuah muzium dan bakal menjadi lokasi menarik untuk penganjuran simposium antarabangsa, pameran artis jemputan, program pendidikan yang dapat memupuk persefahaman antara Timur dan Barat melalui bahasa kreativiti yang dikongsi.
Pengasas galeri tersebut, Xiang Xong berkata, Malaysia sentiasa menjadi titik pertemuan budaya, tempat di mana idea, tradisi dan nilai yang mengalir bersama.
“Galeri ini bukan sahaja penghormatan kepada kreativiti Malaysia tetapi juga peringatan bahawa keamanan dan kemajuan bermula dengan memahami satu sama lain,” katanya dalam kenyataan. -KOSMO! ONLINE

3 hours ago
4














































![[VIDEO] ‘Ini manusia akhir zaman, orang buat ibadat pun dihalau’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/WhatsApp-Image-2025-06-27-at-2.57.36-PM-250x147.jpeg)


![[VIDEO] ‘Buat yang malas kerja, tolonglah sedar!’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/WhatsApp-Image-2025-06-27-at-1.13.18-PM-250x141.jpeg)