PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berisiko menerima aib lebih besar sekiranya pihak berkuasa di empat negara lain mendapati berlaku kesalahan jenayah membabitkan isu pemalsuan dokumen pemain warisan.
Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad berpendirian, Malaysia akan tetap kalah jika empat negara lain merumuskan ada berlaku kesalahan jenayah walaupun kita mengakui sebaliknya.
“Terpulang kepada kepada pihak berkuasa kita, sekarang kita tunggu saja. Andai kata kita tidak mampu temui sebarang unsur kesalahan jenayah berkaitan isu ini, bagaimana pula kalau empat lagi negara mendapat hasil yang sebaliknya.
“Ia sudah jadi 4-1 dan dalam bola sepak, keputusan itu pun menunjukkan kita sudah kalah,” katanya.
FIFA sebelum ini menyarankan supaya diheret ke pengetahuan pihak berkuasa lima negara iaitu Brazil, Argentina, Belanda, Sepanyol dan Malaysia.
Ketika ini, FAM juga seakan sedang dikejar ‘bayang-bayang’ sendiri kerana masih gagal mendedahkan dalang sebenar isu pemalsuan dokumen pemain warisan.
Dalam masa sama, Ridzuan berharap pelaku sebenar dapat didedahkan, bukannya terus ambil sikap melawan hingga mahu membawa kes ke peringkat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
“Siapa saja boleh buat salah dan dalam laporan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu pun kita akui mungkin berlaku kesilapan, jadi kita terima saja hukuman diberikan. Kita tidak boleh lawan FIFA, ‘jari’ mereka lebih besar daripada kita dan mereka boleh dapatkan fakta atau data tepat di merata tempat.
“Kalau bawa ke peringkat CAS, ia membuatkan kita lagi malu di peringkat antarabangsa, jadi bahan ketawa dan hukuman sekarang mungkin akan jadi lebih tinggi. Bila jadi seperti ini, mula cari ‘kambing hitam’ sedangkan orang yang buat tidak kena (hukuman).
“Mula-mula gantung Setiausaha Agung (Datuk Noor Azman Rahman) sedangkan orang pun tertanya-tanya, besar mana ‘kuasa’ yang Setiausaha Agung FAM ada untuk minta Kementerian Dalam Negeri (KDN) keluarkan kad pengenalan?,” katanya.

1 week ago
11










![[VIDEO] ‘Sedihnya…Tok Wan Jagung Gurun dah tinggalkan kita’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/tok-wan-jagung.jpeg)






![[VIDEO] Positif dadah, pemandu lori lawan arus 150 km ditahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/lori-lawan-arus.jpeg)

![[VIDEO] ‘Bukan pandang belakang kak, pandang depan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/konvo-utim.jpeg)





























