EPL: Newcastle sedia calar ego The Red Devils

9 hours ago 6
Newcastle United harap dapat teruskan rekod cemerlang ketika bertemu United, awal pagi esok.
  • Oleh MEJA SUKAN KOSMO!
  • 26 Disember 2025, 11:06 am

NEWCASTLE – Pengendali Newcastle United, Eddie Howe menuntut aksi yang lebih konsisten daripada pasukan jika berhasrat untuk menewaskan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium old Trafford, awal pagi esok.

Menurut Howe, pasukan ketika ini berada pada tahap keyakinan terbaik selepas memiliki rekod cemerlang ketika menentang The Red Devils apabila menang lima daripada enam pertemuan terakhir dalam semua kejohanan.

“Secara peribadi, saya kekal positif dengan prestasi pasukan meskipun orang lain melihat kami kurang konsisten musim ini. Namun, saya rasa pemain menunjukkan peningkatan dan kita berada di landasan yang betul.

“Cuma, masih ada beberapa kelemahan yang perlu kita betulkan jika mahu menjadi pasukan yang benar-benar hebat,” katanya.

Newcastle ketika ini menduduki tangga ke-11 EPL selepas mengutip 23 mata, dibezakan tiga mata berbanding United di kedudukan ketujuh. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |