Dua rakan kekal lepas, bebas tipu urus niaga sarung tangan getah

1 week ago 13

KUALA LUMPUR – Dua rakan kekal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan menipu berhubung pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah bernilai lebih RM1 juta, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan
memaklumkan pihaknya ingin menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan Wan Ahmad Farhaan Wan Kia Salleh Nor, 33, dan Mohd. Fami Sharin, 51, daripada pertuduhan itu.

“Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes ini. Pohon rayuan ditarik balik,” kata Timbalan Pendakwa Raya Khalijah Mohd. Khalid.

Mendengar perkara itu, peguam Haresh Mahadevan yang mewakili kedua-dua lelaki itu selalu responden berkata pihaknya tidak membantah perkara itu.

Sementara itu Wan Ahmad Farhaan dan Mohd. Fami ketika ditemui berkata mereka berasa lega kerana pihak pendakwaan menarik balik rayuan dan mereka boleh meneruskan perniagaan dengan lebih lancar.

Pada 6 Februari tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Mohd. Kafli Che Ali melepas dan membebaskan Wan Ahmad Farhaan dan Mohd Fami selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Wan Ahmad Farhaan dan Mohd Fami didakwa menipu dua lelakinyang mewakili sebuah syarikat bahawa kedua-dua tertuduh (ketika itu) akan mengedarkan 180,000 kotak produk itu sehingga mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM1,001,650 ke akaun bank atas nama sebuah lagi syarikat milik tertuduh pertama (Wan Ahmad Farhaan).

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Jalan Damansara, Taman Tun Dr. Ismail di sini pada 17 Mac 2021 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |