Keadaan kereta Perodua Kancil yang dinaiki tiga beranak selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru - Ayer Hitam berhampiran Kampung Kenangan di Machap,
Kluang petang tadi. - Foto IHSAN BOMBA
- Oleh ADNAN IBRAHIM
- 25 Oktober 2025, 10:30 pm
KLUANG – Dua beranak maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam berhampiran Kampung Kenangan di Machap di sini kira-kira pukul 5.16 petang tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salleh berkata, kemalangan yang membabitkan seramai lima mangsa itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil, van pekerja dan pacuan empat roda. “Nahas itu mengakibatkan pemandu kereta iaitu wanita dewasa dan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Shoromi lagi, seorang lagi penumpang kereta iaitu kanak-kanak lelaki, pemandu van berusia 53 tahun dan pemandu pacuan empat roda iaitu lelaki dewasa yang cedera dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum bomba tiba.-KOSMO! ONLINE

7 hours ago
9





![[VIDEO] Lelaki dipercayai sakit mental meluru ke arah keluarga diraja Thailand](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/Thai-Istana.jpg)











































