MUAR – Seorang nelayan dan adik lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas sepupu perempuan membongkarkan rahsia menjadi mangsa amang seksual fizikal kedua-dua lelaki itu dalam sebuah stor, lima tahun lalu.
Kedua-dua tertuduh yang kini berusia 18 dan 25 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Mohd Khairi Haron.
Abang berdepan dua pertuduhan manakala adiknya pula berdepan tiga pertuduhan.
Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, dua beradik yang bekerja sebagai nelayan itu didakwa melakukan amang seksual terhadap sepupunya berusia sembilan tahun ketika kejadian.
Kesalahan itu dilakukan dalam sebuah stor dan juga bilik rumah di Tangkak, antara hujung Mac dan November hingga awal Disember 2020.
Oleh itu, dua beradik itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan dikemukakan.
Mengikut laporan dibuat, mangsa dibawa ke stor terbabit dengan kedua-dua tertuduh menyuruhnya melakukan perbuatan keji.
Tidak cukup dengan itu, kedua-dua tertuduh juga mengugut akan melakukan sesuatu terhadap mangsa sekiranya melaporkan perbuatan mereka terhadap ibu bapanya.
Namun, mangsa tidak tahan dengan tekanan dialami, lalu membongkarkan kejadian itu sebelum laporan dibuat di Balai Polis Sungai Mati, Tangkak.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian membenarkan abangnya diikat jamin RM8,000 manakala adiknya, RM9,000 dengan seorang penjamin.
Selain itu, mahkamah menetapkan syarat tambahan agar kedua-dua melapor diri di balai polis berhampiran serta tidak menganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Kes disebut semula pada 24 Februari depan untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.-KOSMO! ONLINE

4 hours ago
4








![[VIDEO] Bila dah cuba baru tahu – Jojo](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-08-at-15.16.47_171df729.jpg)









![[VIDEO] Yusuf Azmi pucat lesi kalah TKO](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-08-at-11.52.42_d02f6338.jpg)






























