Dua beradik maut, Axia bertembung lori tangki

3 hours ago 4
Keadaan Perodua Axia dan lori tangki minyak selepas bertembung di Jalan Majau, Kampung Majau berhampiran SK Ulu Majau, Kanowit.
  • Oleh CHERINE JON
  • 29 Oktober 2025, 5:33 pm

KANOWIT – Dua beradik lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Axia yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tangki membawa muatan minyak di Jalan Majau, Kampung Majau berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Majau di sini tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 12.31 tengah hari dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit yang tiba di lokasi mendapati dua lelaki berusia 69 dan 50 tahun itu tersepit dalam kereta.

“Anggota bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan menyelamat sebelum mereka disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat dua beradik itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala pemandu lori tangki selamat.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |