Dokumen perintah larangan palsu yang tular di media sosial.
- Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN
- 28 Oktober 2025, 2:35 pm
PUTRAJAYA- Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan dokumen bertajuk Perintah Larangan Penggunaan Telefon Pintar Bagi Individu Di Bawah Umur 16 Tahun yang sedang dikongsi dan tular di aplikasi WhatApp adalah palsu.
JPM berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara berkenaan.
“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa beretika dan bertanggungjawab serta memastikan kesahihan maklumat sebelum dikongsikan kepada pengguna lain.
“Ia bagi untuk mengelak sebarang kekeliruan. Penyebaran berita atau maklumat palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya dalam satu kenyataan sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

9 hours ago
5






![[VIDEO] ‘Warden askar ada, hantu pun takut’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/Tangkap-layar-video-MRSM-Balik-Pulau-yang-inginkan-program-warden-bekas-tentera-diteruskan.jpeg)










































