Bumi paling hampir dengan matahari pada 4 Januari

1 month ago 33

PETALING JAYA – Bumi akan berada pada titik paling hampir dengan matahari pada 4 Januari 2025, yang disebut sebagai Perihelion.

Planetarium Negara menerusi hantarannya memaklumkan, pada hari tersebut, bumi mengorbit matahari dalam laluan Elips.

“Jadi setiap tahun akan berlaku kejadian bumi di Perihelion.

Info berkenaan bumi di Perihelion.

“Bumi akan berada di titik perihelion pada 4 Januari 2025 (Sabtu) pada pukul 9.28 malam,” menurut perkongsian itu hari ini.

Fenomena Perihelion berlaku setiap tahun pada 3 atau 4 Januari, manakala Aphelion pula iaitu kedudukan bumi berada paling jauh dari matahari kebiasaanya berlaku pada 3 atau 4 Julai setiap tahun.

Fenomena Perihelion dan Aphelion tidak akan memberi sebarang kesan yang signifikan kepada penduduk di bumi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |