Anggota polis mengunjungi rumah murid perempuan itu untuk melakukan siasatan di Ajil, Hulu Terengganu hari ini.
- Oleh NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
- 24 November 2025, 5:34 pm
HULU TERENGGANU – Seorang wanita disalah sangka mahu menculik seorang murid tahun tiga sedangkan dia sebenarnya mahu menghantar budak perempuan itu pulang ke rumah.
Kejadian pada pukul 6.35 pagi itu telah mencetuskan kekecohan ekoran salah faham sehingga tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, siasatan awal mendapati budak perempuan tersebut menangis ketakutan selepas dihantar bapanya ke sekolah yang ketika itu masih gelap serta dalam keadaan hujan lebat.
“Dia kemudiannya ditegur seorang wanita tidak dikenali yang juga ibu seorang murid lain. Murid itu seterusnya meminta wanita tersebut menghantarnya pulang ke rumah dengan kereta sambil dia menunjukkan jalannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Beliau berkata, berlaku salah faham di media sosial sehingga memaksa ibu murid tersebut tampil ke balai polis berhampiran pada pukul 12.35 tengah hari tadi menafikan anaknya diculik.- KOSMO! ONLINE

6 days ago
18



![[VIDEO] ‘Sedihnya…Tok Wan Jagung Gurun dah tinggalkan kita’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/tok-wan-jagung.jpeg)






![[VIDEO] Positif dadah, pemandu lori lawan arus 150 km ditahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/lori-lawan-arus.jpeg)

![[VIDEO] ‘Bukan pandang belakang kak, pandang depan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/konvo-utim.jpeg)




































