KEADAAN kanak-kanak enam tahun yang cedera selepas mengalami kecederaan pada leher dipercayai dikelar ketika tidur di rumah keluarganya di Kampung Parit Nipah Laut, Parit Raja, Batu Pahat, awal pagi semalam.
- Oleh ADNAN IBRAHIM
- 28 Oktober 2025, 2:29 pm
BATU PAHAT – Kanak-kanak berusia enam tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian leher akibat dikelar dipercayai dengan senjata tajam pagi semalam berada dalam keadaan stabil serta sudah boleh bercakap.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa yang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat kini masih diberikan rawatan rapi.
Katanya, pihaknya akan melengkapkan siasatan terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. Semalam, Kosmo! melaporkan seorang wanita bedepan detik cemas selepas mendapati anak lelakinya berlumuran darah dan terdapat kecederaan pada leher dipercayai dikelar dengan menggunakan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Parit Nipah Laut, Parit Raja di sini.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi ketika ibu kepada tiga anak berusia 40 tahun terbangun itu dari tidur sebelum mendapati anak bongsunya cedera sebelum memaklumkan kejadian kepada suaminya.
Mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga adik-beradik dilaporkan bernasib baik kerana tiada sebarang saluran darah yang terputus dan kini dalam keadaan stabil serta dirawat di HSNI.-KOSMO! ONLINE

9 hours ago
5






![[VIDEO] ‘Warden askar ada, hantu pun takut’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/Tangkap-layar-video-MRSM-Balik-Pulau-yang-inginkan-program-warden-bekas-tentera-diteruskan.jpeg)










































