Budak 6 tahun dikelar ketika tidur

3 hours ago 2
KEADAAN kanak-kanak enam tahun yang cedera selepas mengalami kecederaan pada leher dipercayai dikelar ketika tidur di rumah keluarganya di Kampung Parit Nipah Laut, Parit Raja, Batu Pahat, awal pagi tadi.
  • Oleh ADNAN IBRAHIM
  • 27 Oktober 2025, 8:32 pm

BATU PAHAT – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila mendapati anaknya yang berusia enam tahun berlumuran darah dengan kesan kecederaan pada leher akibat dikelar menggunakan senjata tajam di Kampung Parit Nipah Laut di Parit Raja di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan, kejadian itu disedari ibu mangsa yang berusia 40 tahun kira-kira pukul 5.30 pagi itu selepas terjaga dari tidur sebelum menjenguk anaknya di bilik.

Selepas dibuat pemeriksaan, wanita itu mendapati dua bilah pisau ditemukan terletak berhampiran bantal tempat tidur anaknya itu selain pintu hadapan rumah mereka dalam keadaan terbuka sedikit.

Mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik bernasib baik kerana tiada sebarang saluran darah yang terputus dan kini dalam keadaan stabil serta dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 9 pagi tadi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata atau benda yang merbahaya dan masih diperingkat awal untuk menentusahkan motif kejadian.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |