Tangkap layar video menunjukkan beberapa anggota bomba cuba memujuk seorang remaja di hadapan rumahnya. - TikTok
- Oleh KOSMO
- 7 Januari 2026, 6:30 pm
JAKARTA – Pasukan bomba dan penyelamat di Bekasi, wilayah Jawa Barat terkejut apabila menerima panggilan kecemasan untuk memujuk seorang remaja berusia 15 tahun yang enggan bersunat kerana takut, lapor portal berita Warkota.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @infodepok menunjukkan beberapa anggota bomba cuba memujuk seorang remaja yang menangis ketakutan di hadapan rumahnya.
Dia akhirnya bersetuju dan dibawa ke lokasi berkhatan dengan menaiki jentera bomba.
Komander Pasukan 1 Balai Bomba dan Penyelamat Bekasi, Musa Rosadih berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang penduduk selepas anak individu itu enggan berkhatan.
“Ibu bapa remaja itu bingung kerana anak mereka enggan disunatkan walaupun dia sudah berusia 15 tahun,” kata Musa kepada pemberita kelmarin. – AGENSI

1 day ago
7
![[VIDEO] ‘Sudah tahu tidak muat, nak juga parkir’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-08-at-20.29.48.jpeg)
















































