Pelbagai bendera parti politik di sepanjang jalan menghala ke bandar Putatan, Sabah sempena Pilihan Raya Umum Negeri Sabah. Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!
- Oleh KOSMO!
- 29 November 2025, 8:08 pm
PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) telah memenangi sebanyak sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini berdasarkan keputusan tidak rasmi.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, DUN terlibat adalah DUN Lamag, DUN Sukau, DUN Kunak, DUN Bengkoka, DUN Sekong, UDN Usukan, DUN Sungai Manila, DUN Sungai Sibuga dan DUN Sook.
Menurut beliau, BN merekodkan kemenangan tidak rasmi pertama pada PRN Sabah ke-17 di DUN Kunak. – KOSMO! ONLINE

1 month ago
38













![[VIDEO] Pelajar IPT maut kemalangan tiga buah kenderaan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-19-at-3.36.53-PM.jpeg)



































