‘Bila duit habis, makan nasi berlauk telur goreng’

5 hours ago 4

KUALA KRAI – Seorang ibu tunggal yang menghidap jantung berlubang dan mengalami masalah mental buntu mencari wang untuk menyara lima anaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran selepas kematian suaminya dua tahun lalu.

Ismarida Ismail, 43, berkata, dia kini me­nyara lima anak OKU yang berusia tiga hingga 20 tahun dan tiga daripadanya masih bersekolah.

Katanya, dia tertekan de­ngan kehidupannya kerana tidak mempunyai pendapatan tetap disebabkan tidak mampu keluar bekerja kerana anak bongsunya masih
kecil dan mengalami masalah pernafasan yang memerlukan rawatan susulan di hospital.

“Setiap bulan saya memerlukan hampir RM2,000 untuk per­belanjaan keluarga termasuk makan minum, tambang kereta anak ke sekolah, lampin pakai buang dan bil elektrik.

“Bila duit habis, saya dan anak-anak hanya makan nasi berlaukkan telor goreng sementara me­nunggu bantuan yang dihulurkan oleh jiran atau penduduk.

“Saya sudah hilang pendapatan selepas suami meninggal dan pula saya tidak dapat bekerja seperti orang lain kerana pe­nyakit yang saya hadapi perlukan rawatan susulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telekong, di sini semalam.

Terdahulu Pengarah Yayasan Dakwah lslamiah(Yadim) Kelantan, Mahadi Awang tampil ­menghulurkan sumbangan barangan dan wang tunai bagi me­ringankan beban keluarga itu.

Menurut Ismarida, seorang anak perempuannya yang berusia 13 tahun disyaki menghidap leukimia selepas mengalami tumpah darah dengan tiba-tiba baru-baru ini.

Katanya, anaknya yang masih belajar di Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Keroh, di sini, dalam pemantauan doktor dan perlu mendapat rawatan susulan.

Menurutnya lagi, ada juga jiran yang simpati dengan keluarganya dengan menghulurkan bantuanmakanan.

Katanya, sebelum ini dia dibantu anak sulungnya yang bekerja di sebuah kedai makan tetapi hanya sekejap dan sudah diberhentikan.

“Saya berharap sangat kalau ada pihak yang sudi membantu bagi meringankan beban yang ditanggung secara bersendirian ini,” katanya.

Orang ramai yang hendak menyalurkan sumbangan boleh menghubunginya menerusi talian 017-836 4286 atau memberi bantuan menggunakan akaun Bank lslam 03072022244802 atas nama Ismarida Ismail.

Read Entire Article
Pertanian | | | |