Tangkap layar video menunjukkan wanita itu mengutip biji kopi yang bertaburan di atas jalan selepas terjatuh daripada trak pikap. - TikTok
- Oleh KOSMO
- 29 Oktober 2025, 6:30 pm
JAKARTA – Seorang wanita mengundang kecaman orang ramai kerana mengutip biji kopi yang jatuh daripada sebuah trak pikap tanpa kebenaran, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @daeng.tayang96 menunjukkan wanita terbabit berpusu-pusu mengutip biji kopi yang berterabur di atas jalan dalam kejadian dipercayai di Indonesia.
Dia mengambil biji-biji kopi itu sambil ketawa.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
Sebilangan netizen menuduh wanita itu hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan nasib pemandu trak pikap tersebut.
“Seharusnya ditolong, bukan ambil,” kata seorang netizen.
“Kesian pemandunya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

2 hours ago
3








![[KEMASKINI] ‘Saya hubungi bapa mentua 30 kali tidak berjawab’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-29-at-3.35.57-PM-e1761726179178.jpeg)








































