PETALING JAYA – Selebriti dan usahawan popular, Neelofa kini merupakan pemegang saham majoriti dalam syarikat teknologi gaya hidup Muslim, TheNoor, sekali gus membuka lembaran baharu yang lebih progresif dan penuh potensi untuk syarikat tersebut.
Ditubuhkan pada tahun 2020, TheNoor muncul sebagai aplikasi gaya hidup Muslim yang mencatatkan kejayaan luar biasa dengan lebih 4.33 juta muat turun dan 650 ribu pengguna aktif harian sehingga kini.
“Saya yakin TheNoor mempunyai potensi yang amat besar untuk berkembang jauh ke hadapan.
“Fokus kami kini membina semula asas yang kukuh, meningkatkan ketelusan dan memperkenalkan inovasi yang benar-benar memberi manfaat kepada komuniti Muslim di seluruh dunia,” kata Neelofa, 36, dalam satu kenyataan.
Platform ini telah menembusi hampir 200 negara dengan pengguna terbesar dari Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia, Arab Saudi, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Hong Kong — menjadikan TheNoor antara aplikasi Muslim paling berpengaruh di rantau ini.
Sejak penubuhan hingga tahun 2024, Neelofa tidak terlibat dalam operasi harian syarikat. Bagaimanapun, bermula Ogos 2024, beliau mengambil alih sepenuhnya pengurusan TheNoor, tanpa pengurusan terdahulu, dengan membawa visi baharu yang lebih strategik, telus dan berfokus kepada pertumbuhan mampan.
Sejurus menerajui syarikat, Neelofa telah melaksanakan pelan penstrukturan menyeluruh yang merangkumi pelantikan barisan pengurusan kanan berwibawa dan kerjasama dengan syarikat pembangunan perisian bertaraf global.
Ini termasuk pembentukan jawatan baharu bagi memperkukuh struktur operasi dan pembangunan semula aplikasi yang bakal memperkenalkan TheNoor Pro, dijangka dilancarkan sebelum hujung tahun ini.
Kini, TheNoor berada di ambang kolaborasi strategik bersama sebuah konglomerat besar tempatan, termasuk projek integrasi dengan Proton, yang akan menyaksikan aplikasi TheNoor dipasang secara terus dalam tujuh model kenderaan Proton. – KOSMO! ONLINE

8 hours ago
5
![[VIDEO] ‘Beginilah kami di hari akhir persekolahan…’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/SK-Balr.jpeg)





![[VIDEO] Adik Medina selesai jalani pembedahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/medina.jpeg)

![[VIDEO] Treler terbalik, trafik sesak 4km di Seafield](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/lori-terbalik.jpeg)





































