TAIPING – Tangisan bayi yang berterusan sejak kediamannya dilanda banjir kilat semalam menyebabkan seorang bapa muda mencari air penawar untuk menenangkan anaknya yang berusia tiga bulan berkenaan.
Mohamad Syammir Muzammir Azhar, 22, mengakui dia masih trauma mengingatkan detik cemas ketika rumah sewanya di Taman Lara Damai, Kamunting di sini semalam yang dihanyut arus deras akibat banjir itu.
“Anak saya menangis tanpa henti, saya hanya mampu berdiri di atas tanah tinggi dan melihat dari jauh tanpa dapat berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Dia berkata, ketika kejadian, dia sedang bekerja apabila menerima panggilan daripada ibunya yang memaklumkan air mula memasuki rumah dengan begitu cepat.
“Saya terus hubungi ibu bapa yang tinggal di Kamunting supaya segera bantu isteri dan anak saya,” katanya.
Bgaimanapun, sebaik tiba di kawasan perumahan berkenaan, air sudah mencecah paras bumbung menyebabkan dia tidak dapat menghampiri rumahnya.
“Saya berdiri di tempat tinggi sambil menangis melihat jiran-jiran dan beberapa orang kampung cuba menyelamatkan keluarga saya serta anak-anak kecil yang terperangkap,” katanya.
Menurutnya, isterinya, Nur Fatin Nafasha Arisam, 20, dan anaknya Mohamad Fareez Anaqi terperangkap dalam rumah yang ditenggelami air deras.
“Ibu saya menjerit meminta tolong. Mujur ada beberapa orang awam datang membantu. Mereka gunakan tali untuk tarik keluar kanak-kanak dan warga emas yang terperangkap.
“Dalam keadaan cemas itu, isteri terpaksa duduk di atas bumbung kereta, manakala seorang lelaki memegang bayi saya yang diletakkan bersama beberapa anak kecil lain dalam kolam mandi kanak-kanak yang dijadikan pelampung sementara.
“Air naik terlalu cepat, tak sampai beberapa minit sudah tenggelam habis. Anak saya menangis tanpa henti kerana ketakutan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
4














































![[VIDEO] ‘Ini manusia akhir zaman, orang buat ibadat pun dihalau’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/WhatsApp-Image-2025-06-27-at-2.57.36-PM-250x147.jpeg)


![[VIDEO] ‘Buat yang malas kerja, tolonglah sedar!’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/WhatsApp-Image-2025-06-27-at-1.13.18-PM-250x141.jpeg)