SEBERANG PERAI – Bapa kepada tertuduh yang didakwa membunuh ibu kandung dan adik angkat perempuan berusia enam tahun dalam kejadian di Taman Teluk Air Tawar, 10 Disember lalu enggan menggulas lanjut berhubung pertuduhan yang dihadapi anak lelakinya itu.
Kamarozlan Muhammad, 57, bagaimanapun berkata, jenazah bekas isterinya, Hayani Yaakob, 51, dan anak angkat wanita tersebut berusia enam tahun masih belum boleh dituntut dan dikebumikan kerana perlu menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Menurutnya, dia difahamkan keputusan DNA mengambil masa dalam tempoh sebulan hingga tiga bulan lagi.
“Tak mahu ulas (anak lelaki didakwa kes bunuh) dan jenazah bekas isteri dan anak angkatnya belum boleh dituntut, dijangka tiga bulan lagi,” katanya ringkas ketika ditemui sebaik selesai pertuduhan yang dihadapi anak lelakinya di Mahkamah Majistret Butterworth di sini, pagi tadi.
Terdahulu, pemuda berusia 23 tahun itu didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth di sini, hari ini atas dua pertuduhan membunuh ibu kandung dan adik angkat perempuan berusia enam tahun.
Difahamkan, kedua-dua mangsa dibunuh sehari sebelum kejadian kebakaran berlaku dan punca kejadian dipercayai tekanan perasaan yang dialami anak lelaki mangsa yang bekerja sebagai juruukur selain disebabkan masalah hutang.
Baru-baru ini, Kosmo! Online melaporkan pemuda berusia 20-an yang ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan disahkan tidak mempunyai rekod perubatan psikiatri.
Dalam kejadian kira-kira pukul.9.45 pagi itu, , mayat dua mangsa rentung ditemukan secara bersebelahan pada jarak satu meter di bahagian ruang tamu, dekat pintu keluar utama.
Anak lelaki wanita itu pula ditemukan selamat di bahagian pintu dapur dan mengalami kecederaan akibat dihempap bumbung kediaman itu. – KOSMO! ONLINE

8 hours ago
6








![[VIDEO] Pulangkan MacBook, pemilik mahu belanja satu keluarga makan seafood](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/LAPTOP-TULAR-VIRAL-e1766738174234.jpeg)








































