JITRA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah mengesahkan berlaku kejadian banjir kilat secara tiba-tiba di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jitra ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang berlangsung pagi ini.
Menurut JPN Kedah, kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi tadi itu melibatkan kawasan pekarangan dewan peperiksaan dan beberapa bahagian sekolah.
Katanya, air mula naik di kawasan sekolah semasa peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1.
“Susulan itu, pegawai Sektor Pengurusan Peperiksaan (SPP) JPN Kedah telah hadir ke lokasi dan mengambil tindakan segera memindahkan 17 calon yang menduduki Pendidikan Seni Visual Kertas 1 ke SMK Tanjung Pauh.
“Ia bagi memastikan peperiksaan dapat diteruskan dengan selamat dan mengikut ketetapan Lembaga Peperiksaan,” katanya.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa bagi peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2, semua 163 calon SMK Jitra termasuk calon persendirian dipindahkan ke SMK Bandar Baru Darulaman yang telah disediakan lebih awal sebagai pusat peperiksaan alternatif.
Keadaan SMK Jitra yang dilanda banjir pagi ini.“Proses pemindahan yang dikendalikan pihak sekolah dengan bantuan trak polis, kenderaan guru dan sokongan waris berjalan lancar tanpa sebarang insiden keselamatan,” ujarnya.
Tambahnya, pihak sekolah bersama SPP Pejabat Pendidikan Daerah terus melakukan pemantauan paras air secara berterusan, manakala JPN Kedah memastikan segala keperluan logistik, keselamatan dan pelaksanaan peperiksaan mengikut prosedur ditetapkan.
“Kita menzahirkan penghargaan kepada pihak sekolah, PPD, pasukan keselamatan dan semua pihak yang membantu memastikan perjalanan peperiksaan SPM dapat diteruskan tanpa gangguan demi kepentingan calon. Keselamatan calon dan kelancaran peperiksaan adalah keutamaan kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

5 days ago
16



![[VIDEO] ‘Sedihnya…Tok Wan Jagung Gurun dah tinggalkan kita’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/tok-wan-jagung.jpeg)






![[VIDEO] Positif dadah, pemandu lori lawan arus 150 km ditahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/lori-lawan-arus.jpeg)

![[VIDEO] ‘Bukan pandang belakang kak, pandang depan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/konvo-utim.jpeg)




































