Anggota APM sedang menyimpan barangan selepas PPS yang dibuka di SK Lahar Yooi ditutup sepenuhnya hari ini. GAMBAR IHSAN APM
- Oleh SAFINA RAMLI
- 27 Oktober 2025, 2:59 pm
GEORGE TOWN – Semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di negeri ini ditutup sepenuhnya hari ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang, Kolonel (PA) Lokman Hakim Abdul Rahman berkata, PPS di daerah Seberang Perai Utara (SPU) ditutup sepenuhnya pada pukul 1 tengah hari tadi selepas keadaan cuaca semakin baik dan paras air sungai kembali surut.
Katanya, penutupan itu melibatkan empat PPS iaitu PPS Sekolah Agama Rakyat (SAR) Nyior Sebatang, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Menora, PPS Dewan Labuh Banting, dan PPS SK Lahar Yooi. ”Semua mangsa yang sebelum ini ditempatkan di PPS berkenaan telah pulang ke kediaman masing-masing selepas kawasan penempatan mereka kembali kering dan selamat untuk diduduki.
”Berdasarkan penilaian semasa, paras air sungai menunjukkan trend menurun dan tiada lagi kawasan penempatan yang terjejas. Oleh itu, semua PPS diisytiharkan ditutup secara rasmi pada pukul 1 tengah hari tadi,” katanya di sini, hari ini. -KOSMO! ONLINE
HABIS//

4 hours ago
2
















![[VIDEO] Dipaksa makan daging babi, minum arak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_0524.jpeg)
































