MENGAKU khilaf, Neera Azizi meminta maaf apabila perbuatannya 'murni'nya di depan Kaabah tidak diterima netizen.
- Oleh DIVA
- 21 Disember 2025, 9:00 am
NIAT mahu berkongsi berita gembira mengenai jantina bayi ketika mengerjakan umrah membuatkan pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi dikecam ramai.
Situasi tersebut disebabkan pendedahan jantina atau gender reveal dilakukan bersama suami sewaktu mereka berada di hadapan Kaabah.
Dalam keterujaan peminat tumpang gembira, ramai juga yang meluahkan rasa tak senang apabila tempat paling suci umat Islam dijadikan lokasi mencipta konten, semacam perbuatan tersebut lari daripada tujuan asal ke Mekah. Atau memang niatnya begitu?
Cuma, bagus juga bila Neera dah minta maaf. Satu hal lagi untuk semua orang, tak perlulah semua benda nak ‘fomo’ sangat.
DIVA: Tertunggu-tunggu satu pasangan umumkan bakal timang anak sulung.

15 hours ago
3









![[VIDEO] Saya sedia ‘rematch’ – Yusuf Azmi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-21-at-1.51.56-PM.jpeg)







































