Ayang ‘pakar bom’ ditahan polis

3 weeks ago 25
Polis melakukan kawalan di lokasi suspek ditahan di Mantin hari ini
  • Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
  • 27 Disember 2025, 7:29 pm

SEREMBAN – Seorang individu dikehendaki polis kerana dipercayai menjadi dalang utama pembuatan puluhan Peranti Letupan Buatan Sendiri (IED) ditahan polis sekitar Mantin hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Bagaimanapun, maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis kini memburu seorang lelaki warga tempatan yang disifatkan sebagai antara individu paling berbahaya, dipercayai dalang utama pembuatan puluhan IED susulan kejadian letupan di Desa Palma, Nilai Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |