Atuk didakwa ‘aniaya’ cucu perempuan

2 weeks ago 18
Tertuduh (tengah) didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu perempuannya di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.
  • Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
  • 1 Januari 2026, 11:52 am

DUNGUN – Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu perempuannya berusia lima tahun pada minggu lalu.

Pemotong rumput berumur 62 tahun tersebut membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan semak, tepi jalan di daerah ini, antara pukul 12 tengah hari hingga 2 petang, 24 Disember lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Kosmo! Online 28 Disember lalu melaporkan perbuatan keji warga emas itu terbongkar selepas cucu perempuannya mengadu sakit pada bahagian alat sulit kepada ibunya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |