Asia Records perluas pengiktirafan ke peringkat benua

5 hours ago 3

PETALING JAYA – Platform pengiktirafan serantau, ASEAN Records, memperluas pengaruhnya ke luar Asia Tenggara menerusi pelancaran Asia Records, sebuah institusi yang diwujudkan bagi meraikan pencapaian hebat Asia dalam bidang inovasi, keusahawanan, kebudayaan, pelancongan dan impak global.

ASEAN Records dalam satu kenyataan berkata, pelancaran Asia Records itu berlangsung meriah semasa Majlis Gala Malam ASEAN Records, yang diadakan bersempena Pengerusian Malaysia bagi ASEAN 2025 dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.

Katanya, detik bersejarah itu turut mengukuhkan peranan Malaysia sebagai peneraju rantau ini di pentas antarabangsa, khususnya dalam memperkasakan usaha pengiktirafan terhadap pencapaian luar biasa rakyat Asia.

ASEAN Records mempersembahkan 48 rekod baharu, lapan cabaran rekod baharu, dan mengiktiraf semula 108 pemegang rekod sedia ada.

“Diasaskan atas prinsip ketelusan dan penentusahan yang boleh diukur, ASEAN Records serta Asia Records mengekalkan piawaian ketat dari segi kredibiliti dan tadbir urus antarabangsa bagi memastikan setiap pengiktirafan yang diberikan adalah sahih, boleh disahkan dan diiktiraf di peringkat global.

“ASEAN Records mempersembahkan 48 rekod baharu, mengumumkan lapan cabaran rekod baharu, dan mengiktiraf semula 108 pemegang rekod sedia ada, menjadikan jumlah keseluruhan 138 pemegang rekod ASEAN dan lebih 550 tetamu kehormat hadir pada malam tersebut,” katanya.

Tambah kenyataan itu, majlis tersebut merupakan perhimpunan terbesar pemegang rekod ASEAN yang pernah diadakan, mencerminkan pertumbuhan pesat dan pengaruh ASEAN Records yang semakin kukuh di rantau ini.

Mohd Ali (tengah) diiktiraf secara rasmi dalam ASEAN Records atas pencapaian Gabenor Negeri Pertama dan satu-satunya di ASEAN yang Menerima Anugerah Kepimpinan Sukan Negara.

“Sehingga kini, ASEAN Records secara rasmi telah melepasi lebih 200 rekod yang diperakui di seluruh Asia Tenggara, kurang daripada setahun selepas pelancarannya pada 14 November 2024.

“Asia Records melambangkan langkah berani ASEAN Records untuk memperluas pengiktirafan daripada peringkat serantau ke seluruh benua Asia di bawah satu piawaian profesional dan berwibawa,” katanya.

Selain itu, dalam majlis sama turut dilancarkan dua kategori rekod baharu berasaskan pelancongan, iaitu ASEAN Tourism Records dan Asia Tourism Records.

Majlis turut melancarkan dua kategori rekod baharu berasaskan pelancongan,
iaitu ASEAN Tourism Records dan Asia Tourism Records.

“Kedua-dua platform ini memperkukuh kedudukan ASEAN dan Asia sebagai kuasa besar pelancongan dan kebudayaan global, seiring dengan komitmen terhadap pembangunan mampan dan pemeliharaan warisan budaya.

“Majlis turut menampilkan pertunjukan budaya jalanan ASEAN (‘ASEAN Street Exhibition’), pameran budaya dan pelancongan yang memaparkan 10 negara anggota ASEAN serta Timor-Leste, negara bakal anggota ke-11 ASEAN,” katanya.

Dalam pada itu katanya, majlis turut memperkenalkan kempen Visit Malaysia 2026, dengan pengenalan maskot rasminya, Wira dan Manja, iaitu beruang matahari Malaya yang menjadi simbol komitmen negara terhadap pemuliharaan hidupan liar dan kelestarian alam.

“Dua ahli silap mata antarabangsa negara, Mark dan Pinky, turut mencipta sejarah apabila berjaya memecahkan Rekod Dunia bagi “Pertukaran 30 Kostum Dalam Masa Satu Minit”, yang disahkan secara rasmi oleh Asia Records.

“Persembahan luar biasa mereka di pentas ASEAN Records Gala Night 2025 memukau para tetamu dan menjulang nama negara serta Asia di persada antarabangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |