ASEAN tidak akan hantar pemerhati pantau pilihan raya Myanmar 

4 hours ago 1

KUALA LUMPUR – Blok ASEAN tidak akan menghantar pemerhati untuk mengawasi pilihan raya umum Myanmar pada Disember 2025, kata sumber diplomatik hari ini, tamparan terhadap usaha junta tentera untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa.

Ketua junta, Jeneral  Min Aung Hlaing mengumumkan pilihan raya pada 28 Disember ini sebagai langkah ke arah perdamaian dalam perang saudara yang dicetuskan oleh rampasan kuasa tatmadaw(tentera Myanmar) pada  2021.

Pengerusi ASEAN yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi seruan untuk ‘gencatan senjata segera’.

Pemimpin blok 11 negara yang bermesyuarat di Malaysia itu menyuarakan ‘kebimbangan mendalam’ terhadap konflik Myanmar  dan memberi amaran tentang ‘kurangnya kemajuan substantif’ ke arah keamanan.

“Penamatan keganasan dan dialog politik inklusif mesti mendahului pilihan raya (Myanmar),” tambah kenyataan sama sambil menambah, junta tentera menghantar jemputan junta kepada ASEAN untuk menghantar pemerhati.

“Maksudnya tiada pemerhati di bawah panji ASEAN, tetapi negara-negara anggota ASEAN bebas menghantar pemerhati secara bilateral,” kata seorang diplomat kepada AFP, yang meminta namanya dirahsiakan.

Seorang lagi diplomat mengesahkan tiada konsensus dalam kalangan anggota untuk menghantar misi di bawah panji ASEAN.

Tiada pemerhati ASEAN ‘pasti akan menjadi tamparan kepada aspirasi legitimasi junta Myanmar’, kata Mustafa Izzuddin yang merupakan penganalisis hal ehwal antarabangsa bersama firma perunding Solaris Strategies Singapore.

“Tiada bukti yang boleh dipercayai untuk menunjukkan bahawa pilihan raya  yang bebas dan adil telah diadakan,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Kesatuan Eropah, Kajsa Ollongren juga menolak untuk menghantar pemerhati kerana menyifatkan pilihan raya yang dirancang itu tidak bebas mahupun adil. – AFP 

Read Entire Article
Pertanian | | | |