Prabowo ketika di Pangkalan Udara Subang, hari ini. FACEBOOK
- Oleh TEAM ASEAN SUMMIT
- 27 Oktober 2025, 8:35 pm
KUALA LUMPUR – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto telah pulang ke Indonesia lebih awal meskipun Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 berbaki sehari lagi hingga esok.
Keberangkatan pulang Prabowo itu diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Pangkalan Udara Subang hari ini.
Menurut Mohamed Khaled, kehadiran Prabowo mencerminkan semangat kebersamaan ASEAN dalam memperkukuh perpaduan serantau.
“Ia termasuk memajukan agenda keamanan serta kemammuran bersama. Selamat pulang ke Indonesia bapak Presiden,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung selama tiga hari sehingga esok menyaksikan semua ketua negara blok serantau berhimpun di ibu negara bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan keamanan, pembangunan dan ekonomi.
Mengakhiri persidangan hari ini, Majlis Makan Malam Gala bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 9 malam. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
2



![[VIDEO] Didakwa disamun, remaja OKU sujud tanda terima kasih](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-27-at-7.42.32-PM.jpeg)



![[VIDEO] ASEAN ke-47: ‘Happy Birthday Presiden Brazil’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-27-at-5.13.23-PM.jpeg)








































