Arif-Roy King ‘kacau’ aksi perpisahan The Daddies

1 week ago 14

KUALA LUMPUR – Bukan pengakhiran yang diharapkan beregu lelaki legenda Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan apabila tersingkir di pusingan kedua Kejohanan Badminton Indonesia Masters.

Pada perlawanan yang berlangsung di Istoran Senayan, Jakarta sebentar tadi, bekas juara dunia itu tewas 13-21, 14-21 kepada pasangan negara, Arif Junaidi-Yap Roy King dalam tempoh 28 minit.

Kekalahan itu pastinya sedikit sebanyak merosakkan ‘majlis’ perpisahan mereka di laman sendiri sebelum menggantung raket secara rasmi selepas ini.

Ia sememangnya sudah dijangka apabila Ahsan-Hendra kelihatan agak ‘berat’ sepanjang perlawanan, ditambah pula faktor usia kedua-dua pemain itu yang sudah berusia 38 dan 41 tahun.

ARIF-ROY KING akan bertemu Wei Chong-Kai Wun di suku akhir esok. – SHIDDIEQIIN ZON

Keputusan itu turut menyaksikan Arif-Roy King berjaya menebus kekalahan kepada gandingan The Daddies berkenaan ketika pertemuan sulung mereka pada Terbuka Hong Kong 2023.

Sebagai rekod, Ahsan-Hendra dianggap sebagai antara beregu terbaik dunia apabila memenangi pelbagai kejohanan utama, termasuk tiga kali bergelar juara dunia.

Menjelang aksi suku akhir esok, Arif-Roy King akan membuat perhitungan dengan rakan sepasukan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menewaskan Sun Wen Jun-Zhu Yi Jun dari China 21-19, 21-14. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |