Anwar terima jersi nombor 10 daripada Presiden FIFA

5 hours ago 5
Anwar menerima jersi bernombor 10 daripada Giani di Putrajaya hari ini.
  • Oleh KOSMO!
  • 25 Oktober 2025, 5:17 pm

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino di sela-sela kunjungan rasmi pimpinan antarabangsa di Putrajaya hari ini,

Pertemuan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekosistem bola sepak di Malaysia dan rantau ASEAN, termasuk pelaksanaan projek FIFA Arena yang dijangka menjadi pemangkin kepada kelahiran lebih ramai bakat tempatan serta peningkatan prasarana bola sepak negara.

Anwar berkata, Malaysia menyokong penuh inisiatif Perjanjian Pembangunan Bola Sepak ASEAN–FIFA, yang disifatkannya sebagai langkah strategik bagi membuka lembaran baharu dalam usaha menjadikan rantau ini kuasa bola sepak disegani di peringkat global. “Malaysia akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak melalui peningkatan kemudahan, latihan berstruktur serta kerjasama strategik bersama FIFA.

“Langkah ini penting untuk melahirkan generasi baharu pemain berbakat, memperkukuh ekosistem sukan profesional dan mengangkat nama Malaysia sebagai hab pembangunan bola sepak serantau,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Menerusi hantaran sama, Anwar memuat naik gambar beliau menerima jersi warna putih bernombor 10 daripada Gianni. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |